<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

My 4ties

Ke Gerbang my4ties
Ke Yahoo Photos
Ke Circles99 my4ties
Ke Weblog familiazam
Ke Laman familiazam
Ke Laman Famili Chemong
Ke Halaman Rasmi #veteran-inc
 



Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed



Tuesday, July 06, 2004
GATH MUAR

Assalamualaikum...

Jom beramai-ramai memeriahkan gath yang akan diadakan pada 7-8 Ogos 2004 bertempat di rest house, muar. Pendaftaran hanya RM 40.00. Pennginapan dan makanan disediakan. Antara xtvt yang akan dijalankan ialah : suai kenal, makan malam, bowling, sukaneka. Kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan karaoke. InsyaAllah.

Jumpa anda di sanaaa!!!!


Posted at 07:51 pm by my4ties
Berilah komen anda

Thursday, June 24, 2004
BUNUH SYAITAN!!!!

Assalamualaikum....

Jomler kita sama-sama bunuh syaitan...caranya??? Terima kasih kepada RatuArab yang mengajarkan cara-caranya.....hehehe

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematiAn isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah. tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.......

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. " abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/ bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan".

Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "tak pe...tunggula malam".

Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan...bang".

Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata .......... "Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"

Hehehehehe....bunuh diri ler..


Posted at 08:23 pm by my4ties
Comments (1)

Saturday, June 19, 2004
LAWAK HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum

Dah lama tak menulis untuk ruangan ini. Rindu juga, tapi apakan daya sebab masa tidak mengizinkan. Kesibukan seringkali membataskan masa untuk mencurahkan idea dan oleh sebab itu pada hari inijom kita baca lawak yang diterima melalui mail dari Encik Amir bin Embun. Terima kasih sebab sering mengirimkan mail kepada saya.

Al kisah seorang anak gadis yang ingin berkahwin mengikut pilihan sendiri..Lalu dinyatakan hasratnya kepada orang tuanya..kemudian berkatalah orang tuanya... sekiranya engkau ingin lelaki pilihan engkau sendiri.. carilah yang sopan santun dan ORIGINAL.

Hatta sebulan mencari bertemu lah dia dengan seorang jejaka yang sopan santun dan keoriginalannya belum lagi diketahui...setelah selesai upacara akad nikah maka malam pertama pun dilalui bersama.

Pada malam pertamanya sisuami pun memakai kondom untuk membuat perancangan keluarga. Kebesokan harinya..si isteri pun memberitahu kepada orang tuanya bahawa suaminya betul betul original..kemudian orang tuanya pun bertanya macam mana engkau tahu laki engkau tu original...???

anaknya dengan selamba megahpun berkataa... yang si suaminya punye leeee original sebab PLASTIK pun tak buka lagi...........................;-)

Moral citer...jangan lurus bendul cam si isteri tu..hik hik hik


Posted at 08:40 pm by my4ties
Berilah komen anda

Monday, June 14, 2004
ANTARA TERSURAT DAN TERSIRAT

Assalamualaikum...

Bacalah kisah lucu yang diambil dari mail yang diforwardkan oleh En. Amir Embon.

Alkisah, ada 3 orang adik beradik, yang mana ketiga-tiga perempuan.

Anak yang sulung, namanya Rozana, yang kedua namanya Rozita, dan yang ketiga nama Roslina. Oleh kerana mereka ini anak kesayangan kedua orang-tuanya, maka mereka dikahwinkan bertiga secara serentak dengan pasangan pilihan masing-masing.

Selepas berkahwin, pergilah mereka berbulan madu atau dalam bahasa Inggerisnya Honeymoon ditempat yang berasingan mengikut selera mereka dan pasangan masing-masing. Rozana memilih untuk berbulan-madu ke Pulau Tioman di Pahang, Rozita pula bercadang nak ke Pulau Pangkor, Perak dan Roslina ke Langkawi, Kedah.

Sebelum mereka pergi berbulan madu, kedua-orang tua mereka berpesan dan meminta agar mereka menghantarkan berita tentang segala apa yang terjadi sepanjang tempoh berbulan-madu itu. Oleh kerana kedua orang-tua mereka menggunakan telefon bimbit, maka ketiga-tiga anak mereka diminta mengirimkan pesanan ringkas (SMS) mengikut KOD yang mereka faham berdasarkan iklan di TV, Majalah, Akhbar dan lain-lain media.

Tiga hari selepas mereka pergi berbulan madu, sampailah mesej pertama dari anak sulung mereka Rozana, berbunyi ringkas "STANDARD CHARTERED". Setelah kedua orang-tua mereka mendapat pesanan tersebut, cepat-cepat mereka mencari iklan standard chartered di dalam akhbar. Iklan itu berbunyi " BESAR, TEGUH, PERAMAH", maka tersenyumlah ayah dan bonda Rozana? Fahamlah mereka yang anak meraka sedang berbahagia.

Pada hari keempat, tiba lagi satu SMS dari Rozita di Pulau pangkor. SMSnya pendek saja, "NESCAFE". Dicarinya iklan Nescafe di dalam majalah dan dibacanya iklan tersebut,..berbunyi,?"NIKMATNYA SAMPAI KETITISAN TERAKHIR". Tersenyum bangga kedua orang tua Rozita, sambil ketawa tak kering gusi, happy.

Masuk hari kelima, tiada apa diterima. Begitu juga hari keenam dan ketujuh. Tiada berita dari anak bongsunya. Ayah dan emak Roslina mengeluh dan terdetik dalam hati mereka? "anak aku ni, dah dapat suami langsung lupakan aku?sampai hati mereka,..hingga tak menghantar khabar berita kepada aku pun?"

Seteleh masuk minggu kedua, akhirnya tiba-tiba handphone ayah Roslina berbunyi "Beep, beep" tanda mesej sampai. Lalu dibaca mesej ringkas itu berbunyi?. "CATHAY PACIFIC" Dengan segera kedua orang-tua Roslina mencari iklan dari majalah. Didapati iklan tersebut berbuny,? "7 KALI SEMINGGU, 3 JAM SEHARI, NON-STOP!!!!!!" ??????????????..


Posted at 07:53 pm by my4ties
Comments (1)

Saturday, June 12, 2004
SELAMAT HARI BAPA...

Assalamualaikum...

"dan ibu, itulah permulaan kami..dapat melihat bulan dan matahari...". Mendayu sungguh tatkala Allahyarham Sudirman menyanyikan lagu ini. Memang itulah kebenarannya. Tanpa ayah dan ibu, tak mungkin kita lahir ke dunia ini.

Hari ibu sudahpun kita sambut dan raikan pada bulan lepas. Pada 20-06-2204 ini pula, kita akan meraikan HARI BAPA. Apapun, ingin saya nyatakan di sini, jangan hanya menyayangi dan mengasihi mereka dan membelikan hadiah atau mencium mereka pada hari bapa sahaja. Sebenarnya biarlah perkara-perkara itu kita lakukan dengan ikhlas dan tak perlulah menunjuk, cuma pada hari sambutan itu mungkin kejutan yang hendak dibuat itu lebih sedikit dari hari-hari biasa.

Semua orang mempunyai bapa. Ada juga yang telahpun menjadi bapa dan masih mempunyai bapa. Mungkin ketika anda menjadi bapa barulah anda tahu betapa rasionalnya tindakan yang telah bapa anda ambil suatu ketika dahulu. Tindakan seperti memarahi dan segala macam lagi yang membuatkan anda berasa tidak disayangi, tidak selesa, dikongkong dan bermacam-macam lagi perkara negatif yang berlegar-legar difikiran anda pada ketika itu. Tapi, setelah anda menjadi bapa, barulah anda tahu betapa sayangnya bapa anda kepada anda seperti juga anda sayangkan anak anda. Kalau boleh, nyamuk pun tidak dibenarkan hinggap.

Bagi yang masih mempunyai bapa, banyak cara yang patut dilakukan untuk membal;as segala jerit payahnya membesarkan anda selama ini (walaupun jasanya tidak akan terbalas). Hormatilah dia sebagaimana kita mahu anak kita menghormati kita kelak. Permudahkan setiap urusannya. Jagalah kebajikannya. Bukan hanya setakat makan dan minum perlu dijaga, malah perlu beri perhatian setiap apa yang di ingininya.

Bagi mereka yang bapanya sudah meninggal, masih lagi boleh berbakti kepada bapanya. Ketahuilah bahawa doa anak yang soleh tidak akan putus. Berdoalah untuk bapa anda supaya rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang mendapat hidayahNya.

Rasanya sebagai anak, anda pasti tahu tanggungjawab anda kepada bapa anda. Janganlah memandang sepi kepada mereka. Walau siapapun mereka, dialah bapa anda. Mungkin ada kisah-kisah silan atau sejarah lama yang masih membelengu diri anda dan memaksa anda menjauhi diri dari nya, tetapi sebagai seorang bapa, nalurinya sentiasa dahagakan kasih sayang dan panggilan mesra seorang anak. Raikanlah dia dengan sewajarnya. Gembirakanlah hatinya ketika sisa usia masih ada. Sayangilah dirinya ketika dia tercari-cari harapan dan sinar pelangi dari anak-anak. Belalah dia ketika dia memerlukan perlindungan. Adakah perlu dia meminta? Jangan biarkan dia meminta semua itu dari anda kerana dia tidak pernah bertanya kepada anda adakah anda hendak makan, minum, tempat tinggal, pelajaran dan sebagainya. Malah dia tidak pernah menceritakan kesusahan nya membela anda dan perit jerihnya mencari sesuap nasi dan menyekolahkan anda sehinggalah anda menjadi manusia yang berjaya. Yang anda tahu ketika kecil dulu ialah..semuanya telah tersedia depan mata.

Selagi masih ada waktu, kucuplah dahinya sementara jantungnya masih berdenyut. Tunjukkanlah kasih sayang ketika anda mempunyai ruang. Buatlah sesuatu supaya anda tidak menyesal dikemudian hari. Janganlah anda kucup dahinya ketika jasadnya terbaring kaku. Ketika itu... taada apa yang perlu disesalkan lagi.

Untuk itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa dan buat mereka yang telah pergi mengadapNya, marilah sama-sama kita panjatkan doa agar rohnya dicucuri Rahmat. Al-Fatihah....


Posted at 06:32 pm by my4ties
Berilah komen anda

Friday, June 11, 2004
RILEKS SEKEJAP DENGAN CERITA BURUNG..

Assalamualaikum...

Hari ini jom kita rileks sekejap dengan cerita lawak yang saya ambil dari halaman www.chemong.cjb.net. Banyak koleksi cerita lawak di sana. Dan jika anda ingin buat senaman mulut dengan ketawa..silalah ke halaman chemong tersebut. BURUNG

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?" Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah "bukan itu maksud saya". Lalu di ajukan soalan yang lain... "maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung"? Maka seluruh penduduk wanita berdiri. kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah dia menyambung, "maaf, bukan itu maksud saya". Sekali lagi di cuba bertanya, "maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya"? Separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi, "maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?" Lalu, Isteri lelaki itu pun pun berdiri....

Hik hik hik..lain kali cakap biau terang.


Posted at 08:55 pm by my4ties
Comments (4)

Thursday, June 10, 2004
SENYUMLAH DARI HATI..DUNIAMU BERSERI

Assalamualaikum...

Dulu kat tv selalu dengar lagu yang liriknya lebih kurang macam nie..."Senyum seindah suria, yang membawa cahaya. Senyumlah dari hati..duniamu berserii..". Lagu tu menyampaikan satu mesej yang berguna kepada kita. Senyuman boleh memberi seribu gambaran kepada diri kita.

Islampun menggalakkan umatnya agar murah dengan senyuman kerana ia merupakan sedekah. Maksudnya, senyuman itu amat penting dalam kehidupan seharian kita. Orang yang memberi senyum tidak rugi apa-apa, malah ia memberi kelebihan yang tiada nilainya.

Dengan melihat senyuman anda pada setiap hari, ia dapat memberi seribu ketenangan kepada penerima senyuman itu. Senyuman juga membawa kebahagiaan di mana jua anda berada, memberi satu imej yang baik dalam perniagaan (itulah sebabnya mustahak untuk sesebuah perniagaan meletakkan seseorang yang pemurah dengan senyuman sebagai penyambut tetamu). Senyuman juga merupakan satu tanda bermulanya sebuah persahabatan.

Senyuman yang anda berikan boleh menghilangkan rasa takut kepada kanak-kanak, memberi harapan kepada yang putus asa dalam kehidupan, memberi sinar kepada kedukaan dan yang pasti ia adalah ubat penawar semulajadi kepada kesusahan.

Apapun faedahnya, senyuman tidak boleh dibeli, dirayu, dipinjam mahupun dicuri. Senyuman tidak akan bernilai atau bermakna selagi anda tidak memberikan senyuman anda.

Ramai dikalangan kita yang amat sukar untuk melemparkan senyuman. Oleh sebab itu, mulai dari saat ini, berikanlah senyuman anda kepada semua. Dengan senyuman, terjalinlah ikatan silaturrahim sesama insan.


Posted at 07:16 pm by my4ties
Comments (2)

Monday, June 07, 2004
JANGAN TERPEDAYA!!!

Assalamualaikum..

Dari semenjak zaman jahiliah hinggalah kini, agama Islam sering berdepan dengan cabaran-cabaran dari mereka yang ingin menjatuhkan Islam itu sendiri dan umatnya. Bermacam-macam propaganda disebarkan bertujuan untuk mengaibkan Islam itu sendiri dan supaya umatnya berpecah belah.

Dengan kemajuan teknologi yang banyak dicipta sekarang ini, penyebaran dakyah-dakyah tersebut menjadi lebih mudah. Sebagai contoh, perkembangan teknologi komunikasi seperti e-mail dan sebagainya memungkinkan maklumat palsu tersebut dicapai di mana jua. Malah maklumat palsu tersebut boleh menerebus masuk sehingga ke bilik tidur anda! Memang mengerikan jika difikir semula.

Untuk itu, anda haruslah bersiap sedia untuk menerima kejutan teknologi yang disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu. Persiapkan diri anda dengan ilmu dan kefahaman Islam yang kukuh supaya anda tidak mudah terpengaruh dengan bahan-bahan yang tidak pernah anda fikir selama ini. Kawallah kegiatan anak-anak remaja anda kerana golongan ini merupakan sasaran mereka kerana mereka mudah terpengaruh. Didiklah mereka dengan sewajarnya agar mereka dapat menilai mana yang baik dan buruk, Yang salah dan betul. Yang halal dan haram. Dosa serta pahala.

Ambil langkah pencegahan yang suapaya anda tidak dijangkiti atau dipengaruhi oleh propaganda BARAT yang memang tidak senang dengan agama Islam sampai bila-bila.


Posted at 09:34 pm by my4ties
Comments (3)

Sunday, June 06, 2004
MELIHAT POSITIF DALAM NEGATIF

Assalamualaikum..

Hari ini mari kita renungkan bersama 10 perkara yang patut kita panjatkan kesyukuran walaupun secara lahiriahnya ia seperti tiada apa-apa keistimewaan.

Mungkin anda pernah membaca e-mail ini dan terima kasih kepada En. Amir Embon yang telah 'forward' kan msg ini kepada saya. Renungkanlah...

  • 1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

  • 2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

  • 3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

  • 4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

  • 5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

  • 6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

  • 7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

  • 8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

  • 9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

  • 10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

  • Posted at 09:13 pm by my4ties
    Comments (5)

    Saturday, June 05, 2004
    KASIH DAN KEKASIH

    Assalamualaikum..

    Dalam kehidupan ini, kita mempunyai kekasih yang menyayangi kita. Kekasih yang dimaksudkan di sini begitu subjektif. Luas. Tidak terhad kepada pasangan kekasih yang sedang dilamun cinta.

    Pertama : Kita mempunyai kasih yang SATU. Kasih yang abadi yang tiada satupun boleh tandingi. Allah s.w.t. tempat kita selalu mengadu, berdoa dan memohon apa sahaja yang baik-baik buat diri kita dan juga buat orang lain. Walaupun terkadang kita leka dan lalai, DIA tetap mengasihi kita. Melimpahkan RAHMATNYA buat kita. Bayangkan kalau RAHMATNYA ditarik balik? Oleh itu, ingatlah.....kita mempunyai KEKASIH yang amat menyayangi kita. Balaslah sayangnya dengan membuat perkara yang disuruh dan menjauhi perkara yang dilarang. Hatta, DIA tidak pernah rugi walau sedikitpun kalau kita tidak bersyukur pada nikmatNYA.

    Kedua : Sayang yang berpanjangan. Kasih dan redhanya membawa ke syurga. Itulah kasih IBU. Kasih ibu tiada penghujung. Walau sejahat manapun anaknya, seorang ibu tidak pernah membuang dan sentiasa mengaku itulah anaknya. Tetapi, ramai anak-anak yang tidak mahu mengaku itulah ibunya kerana malu dan menjaga kepentingan diri sendiri. Ibu tidak pernah minta jasanya dibalas. Kalau seorang anak hendak balas sekalipun, pasti tidak akan sama dengan setitik susu yang telah diberikan semasa kecil. Tapi selalu terjadi susu yang diberi, tuba yang dibalas. Seorang ibu boleh membela sepuluh malah berapa sahaja anak yang dikurniakan tetapi sepuluh orang anak tidak mampu hendak menjaga seorang ibu. Alangkah bahagianya seorang ibu itu bila setiap anak-anaknya berebut nak menjaga dia kelak. Ingatlah, kita hanya mempunyai seorang sahaja ibu. Tidak ada dua dan tidak ada tiga. Itulah seorang. Layanilah dia dengan sebaiknya kerana suatu hari nanti anda akan menjadi seorang ibu.

    Ketiga : Selalu berlapar dan dahaga demi mencari rezeki. Dia rela berpayahan dan begitu setia untuk membesarkan kita. AYAH sanggup berkorban wang ringgit malah apa sahaja demi untuk melihat anak-anak membesar dengan sempurna. Begitu tabahnya dia mencari rezeki. Hujan dan panas tidak diendahkan. Bila keluar bekerja, wajah anak-anak sering terbayang dan memanggil-manggil supaya lekas pulang. Tapi ramai anak-anak yang tidak mahu mengenang itu semua. Mereka fikir itulah tanggungjawab seorang ayah. Mereka silap. Memanglah itu satu tanggungjawab, tetapi pernahkah kita terfikir untuk berada ditempatnya dan melalui semua itu? Walaupun tanggungjawab itu berat, tetapi seorang ayah sanggup memikul dengan tenang tanpa merungut. Anak pula bila tak dapat apa yang dikehendaki akan meraung dan merajuk. Demi sesuap nasi, seorang ayah sanggup berbuat apa sahaja. Sayangilah ayah anda.

    Keempat : Mudah diketemu dimana jua. Berhati-hatilah beza antara KASIH dan KEKASIH. Carilah seseorang yang boelh melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri yang bijaksana dalam segala urusan. Yang perempuan pula carilah pasangan yang boleh membimbing ke jalan yang lurus. Berhati-hatilah dalam memilih pasangan kerana jika tersalah pilih, meranalah jiwa. Dalam satu perhubungan yang tulus dan jujur, bertolak ansurlah dan saling berbincang dalam apa jua masalah adalah resipi yang menjamin kebahagiaan. Laksanakanlah komunikasi berkesan supaya setiap apa yang hendak disampaikan dapat diterima secara jelas. Kekurangan sebelah pihak hendaklah ditutupi dengan kelebihan sebelah pihak yang lain. Manusia tidak sempurna. Terimalah segalanya seadanya.

    InsyaAllah, menyayangi dan disayangi adalah satu sifat yang mulia. Buatlah yang terbaik hari ini untuk mendapat yang terbaik pada masa hadapan. Ingat, putaran hidup seperti roda. Apa yang kita lakukan sekarang akan kita terima kemudian hari. Untuk menuai hasil yang baik, tanamlah benih yang baik.


    Posted at 08:38 pm by my4ties
    Comments (8)

    Next Page